Bila bersendirian begini,ingatn ini terimbau kembali kenangan2 semasa tok masih ada.Dalam bulan puasa,setiap pagi tok akan call untuk kejut ktorang sahur.Rajinkan tok?Itula tok,klau ktorang tk angkat tpon tu sbb tk sedar2 mesti tok akan call lagi..call lagi sampai ktorang bgun.Tahun ni??sume tu dah tkde..tinggal kenangan tok.Tok,ijah terlalu rindukan suara tok.rindu sangat2
Kalau ktorang berbuka puasa dengan tok,tok kdg2 akan minta ktorang tlg belikan air buah yang campur2 tu untuk tok berbuka tkpun cendol.Tok bukan jenis yg terlalu meminta2 sbb tok risau akan menyusahkan anak2 dia.Tapi entah kenapa fizah masih ingat akhir2 hari tok kat dunia ni selera tok seolah2 besar sgt.bnyk benda tok nk makan.Tok,kalau tok ada lgi,tunggu ijah sampai ijah dah ada kerja sendri ijah nk sgt belanja tok mcm2.nk bawak tok p mekah,jln2,makan sedap2.Demi Allah,itu antara impian ijah untuk tok.Tapi,semua itu tk kesampaian,tok pergi tanpa langsung tunggu ijah.Tapi ijah tk terkilan sgt sbb 2minggu sebelum tok pergi ijah bnyk luangkan masa dengan tok kan?tok tido dengan ijah,ijah dpt bawak tok pegi pasar,amek ubat.Sebelm ijah balik ukm pun ijah sempat peluk tok kan.Sape tahu,tu rupa2nya pelukan kita yg terakhir.Allah!betapa rindunya ijah kt tok.Tok tahu,ijah rindu dengan masakan tok.Ijah rindu segala2nya kenangan dengan tok.Macam mana ijah nk sambut raya tahun ni tok?
Ini adalah sebabnye fizah belum bersedia utk pulang ke kedah dan berpuasa di sana.Berat rasanya menerima ujian kehilangan orang yang amat kita sayang.Ya,fizah sebenarnya masih dalam proses menerima kenyataan yang tok dah tkde.Pagi 1 Ramadhan dah dpt mesej daripada ayah sedare yang tanya `tok kejut ijah soq tk?`,Allah,sayunya hati..sesungguhnya kami amat memahami perasaan antara kami satu sama lain.sama2 masih tidak dpat menerima kehilangan tok.Hanya orang yg pernah berada di tempat seperti fizah pasti faham perasaan ini.Syukur Alhamdulillah,Intan ada menemani fizah di kala kawan2 fizah ada yang pulang.Hari pertama berpuasa ktorang ke bazar membeli juadah2 berbuka.Ktorang plan nk berterawih di masjid2 yang berlainan setiap malam.Alhamdulillah,perkara2 sebegini dapat mengurangkan sikit ingatan fizah pda tok.Tapi tok,
TOK TETAP DI HATI IJAH.TOK SENTIASA HIDUP DALAM HATI IJAH.SEGALA KENANGAN DENGAN TOK TIDAK ADA SEDIKIT PUN PERNAH IJAH LUPAKAN.IJAH SAAAAAAAYANG TOK SANGAT2.
Salam sayang,
cucumu...