Sunday, 4 November 2012

on his graduation day!!

Nak pegi,
 tk nak pegi, 
Nak pegi,
 tk nak pegi, 
Nak pegi,
 tk nak pegi, 
Nak pegi,
 tk nak pegi, 
Nak pegi,
 tk nak pegi, 
Nak pegi,
 tk nak pegi, 
 tk nak pegi, !!!!

Huhhh!!payah nk buat keputusan sama ada nk pegi ke tak ni konvo Mr. A  tu..rasa tk nak pegi sket..tpi rasa nk pegi tu banyak..tk nk pegi tu sebab thats gonna be my first time jumpa family dia..Makngai!!menggeletar pikir benda tu..ntah!tk tahu nape..
Tapi sebab nk happykan Mr A ni mase hari konvo dia,dengan menebalkan muka,fizah pegi jugak konvo dia..
"Ala,kejap je kowt.jumpa2 balik la"..
itu kata-kata semangat daripada kawan2..Yeah!OK PEGI!!!
lepas tu pkir balik.ambek telepon tekan nset pegi kt create message
"Intannnn,ko teman aku g konvo A*** boleh tak?"
huhuh..takut wei,mlm sebelum tu lagi dah tk boleh nk tidoq,makan n mandi dengan amannya..
Alhamdulillah, kuatkan hati,fizah pegi jugak konvo dia..Dah selamat jumpa family dia...
Ye,rasa tenang dan senang bila dapat gembirakan orang yg kita sayang...<3 <3

dia tinggi sangat bukan saya yg rendah sgt..

Sunday, 22 July 2012

Ramadhan 2012

Tanggal 21 Julai 2012,umat Islam menyambut 1 Ramadhan.Ya,sememangnya hati ini seronok menyambut 1 Ramadhan namun tidak juge fizah nafikan betapa hati ini terlalu sayu menyambut ramadhan kali ini.Betapa hati kecil ini terlalu rindukan tok.Hampir 5 bulan tok pergi menghadap Ilahi.Selama 20 tahun 10 bulan Allah pinjamkan tok untuk berada di samping fizah.Rumet fizah sendiri pulang ke Kedah untuk menyambut ramadhan dengan familynye.Tapi fizah,....bukan fizah tk nak balik cuma fizah belum bersedia utk menyambut ramadhan di kedah sebab fizah belum kuat nk menyambut ramadhan kali ni tanpa tok disisi.Dulu kalau tok masih ada ktorang bersemangat nk berbuka dengan tok.

Bila bersendirian begini,ingatn ini terimbau kembali kenangan2 semasa tok masih ada.Dalam bulan puasa,setiap pagi tok akan call untuk kejut ktorang sahur.Rajinkan tok?Itula tok,klau ktorang tk angkat tpon tu sbb tk sedar2 mesti tok akan call lagi..call lagi sampai ktorang bgun.Tahun ni??sume tu dah tkde..tinggal kenangan tok.Tok,ijah terlalu rindukan suara tok.rindu sangat2

Kalau ktorang berbuka puasa dengan tok,tok kdg2 akan minta ktorang tlg belikan air buah yang campur2 tu untuk tok berbuka tkpun cendol.Tok bukan jenis yg terlalu meminta2 sbb tok risau akan menyusahkan anak2 dia.Tapi entah kenapa fizah masih ingat akhir2 hari tok kat dunia ni selera tok seolah2 besar sgt.bnyk benda tok nk makan.Tok,kalau tok ada lgi,tunggu ijah sampai ijah dah ada kerja sendri ijah nk sgt belanja tok mcm2.nk bawak tok p mekah,jln2,makan sedap2.Demi Allah,itu antara impian ijah untuk tok.Tapi,semua itu tk kesampaian,tok pergi tanpa langsung tunggu ijah.Tapi ijah tk terkilan sgt sbb 2minggu sebelum tok pergi ijah bnyk luangkan masa dengan tok kan?tok tido dengan ijah,ijah dpt bawak tok pegi pasar,amek ubat.Sebelm ijah balik ukm pun ijah sempat peluk tok kan.Sape tahu,tu rupa2nya pelukan kita yg terakhir.Allah!betapa rindunya ijah kt tok.Tok tahu,ijah rindu dengan masakan tok.Ijah rindu segala2nya kenangan dengan tok.Macam mana ijah nk sambut raya tahun ni tok?

Ini adalah sebabnye fizah belum bersedia utk pulang ke kedah dan berpuasa di sana.Berat rasanya menerima ujian kehilangan orang yang amat kita sayang.Ya,fizah sebenarnya masih dalam proses menerima kenyataan yang tok dah tkde.Pagi 1 Ramadhan dah dpt mesej daripada ayah sedare yang tanya `tok kejut ijah soq tk?`,Allah,sayunya hati..sesungguhnya kami amat memahami perasaan antara kami satu sama lain.sama2 masih tidak dpat menerima kehilangan tok.Hanya orang yg pernah berada di tempat seperti fizah pasti faham perasaan ini.Syukur Alhamdulillah,Intan  ada menemani fizah di kala kawan2 fizah ada yang pulang.Hari pertama berpuasa ktorang ke bazar membeli juadah2 berbuka.Ktorang plan nk berterawih di masjid2 yang berlainan setiap malam.Alhamdulillah,perkara2 sebegini dapat mengurangkan sikit ingatan fizah pda tok.Tapi tok,

TOK TETAP DI HATI IJAH.TOK SENTIASA HIDUP DALAM HATI IJAH.SEGALA KENANGAN DENGAN TOK TIDAK ADA SEDIKIT PUN PERNAH IJAH LUPAKAN.IJAH SAAAAAAAYANG TOK SANGAT2.

moga Allah pertemukan kita kelak di sana nanti.Tok tunggu ijah ye kt sana..

Salam sayang,
cucumu...

Sunday, 1 July 2012

Floria 2012,Putrajaya

Assalamualaikum sahabat!
Lama kan fizah tk menghapdate blog.Fizah tidak ada kesempatan utk menjengah blog nih disebabkan fizah terlalu sibuk dgn kehidupan sebagai seorang student UKM.Alhamdulillah syukur 29 Jun 2012 yg lalu fizah dah menamatkan pengajian tahun 2.Sekarang menunggu saat utk diijabkabulkan dengan..eh jap!ada hal..
.
.
.
.
.
.
.
haaaa...sambung2..sekarang menunggu saat utk diijabkabulkan dengan tahun 3 plak bermula bulan 9 ni.(apa??ingat fizah nk nikoh dah ka?huhu..sorry,lmbat lgi tu)...bagi mengisi kekosongan cuti sem selama hmpir 3 bulan ni fizah dah decide utk mengambil shortsem.Alah,kalu balik kedah pun bukannya ada apa2 yg boleh dibuat.Nak kerja umi abah tk kasi.Baik buat shortsem memandangkan lecturer fizah dah tawarkan tempat intern utk fizah.Intern sekadar utk cari pengalaman.Banyak projek yg perlu diselesaikan dlm shortsem ni.Alhamdulillah,rezeki Allah nk bagi.

By the way,actually fizah nk share pasal lawatan fizah,intan n miza ke pameran bunga,FLORIA 2012 yang diadakan di Putajaya.Srmasa melihat2 bunga yg dipamerkan mmg tidak terungkap kecantikannya,Sangat cantik.tambah2 bunga2 ros yg digubah menjadi bentuk hati yg sangt besar,menajdi ikan nemo,couple yg sedang menari.Subhanallah cantik!Kalau korang ada kelapangan pergilah melawat.Tapi jangan lupa bawak sekali payung ke,topi ke,sunglasses ke sbb cuaca sgt terik.terik sgt2..

Sangat seronok berada kt situ.Fizah suka bunga ros.Bunga ros situ nmpk segar je.Bunga warna-warni seolah2 berada di taman.Klau utk couple yg telah berkhwin dtg berdua ok nih.dpt feeling2.yg gurl2 mesti dpt sekuntum bunga ros dari boboi..hik3..adeh!nk kawin jugak!hahaha..
jom!layan gmbar dekt pameran tu...











baby ni ada ala2 jepun kan..terjumpa mse kt tepi tasik putrajaya

Thursday, 5 April 2012

21 tahun di dunia


Syukur Alhamdulillah..tanggal 4 April 2012,genap 21 tahun fizah bergelar sebagai hamba Allah di muka bumi ini.Terharu dengan ucapan dan ingatan dari sahabat2 yg mengucapkan ucapan selamat semalam.thanx a lot.Tersenyum sorang2 setiap kali membaca ucapan selamat dan doa2 yg diucapkan utk diriku.Alhamdulillah,fizah mempunyai family,saudara2 dan sahabt2 yg masih ingt dan sudi menghulurkan sepatah dua doa untuk diri fizah.Hanya Allah yg dpt membalas jasa kalian.
21 tahun,umur 20-an..sinonim dengan umur "dah boleh kahwin",jadi tak hairanlah bila ada yang mendoakan moga fizah cepat2 kahwin..(malu lah!..haha)..
Doa-d0a kalian yang sgt bernilai untuk fizah:
  • semoga dipanjangkan umur
  • semoga dimurahkan rezeki
  • berjaya di dunia dan akhirat
  • mendapat rahmat dan lindungan Allah
  • dipermudahkan urusan dalam menuntut ilmu
  • moga cepat2 kahwin..(tk pham nape perlu double kt kahwin tu??haha)

Berkongsi mengenai 4 April 2012,rasa terharu apabila 2 org kawan baik fizah merangkap coursemate fizah sembunyi2 belikan sepotong kek orea utk fizah.tersenyum2 Alyaa dengan Intan bawak kek.dan fizah masa tu tengok je.tk perasan plak ada kek kt tangan diorang.masa diorang letak atas meja baru perasan."Eh!Kek!!"..haha..thanks alyaa n intan.syg korang banyak2..


Petang tu pulak roommate tersayang,Eton aka Elis Reprettor hadiahkan aiskrim kegemaran fizah.Cornetto Chocolate.Thanks eton bucuk!sayang kt hang..2 tahun duduk 1 bilik,banyak benda kita kongsi..
dan malam tu pulak hadiah from him.Alhamdulillah,dia hadiahkan sebijik kek..cuma ktorang tk mcm couple lain yang celebrate n potong kek sama2.cukuplah dia bagi and fizah celebrate dengan housemates fizah..Nanti lepas kahwin wajib celebrate & potong kek sama2 ok??!!hahahaha...
thanks Mr. A***..heheh ~ILYSM~
And to my parents,i love both of you.Until my body lies 7 feet undergrounds,my love to you will never fade away.thanks for everything.thanks for being such a super duper great parents in the world!!
Namun,agak terkilan.Setiap kali birthday fizah,fizah akan luangkan masa telefon tok fizah.Borak dengan tok.Ingatkan tok ;

"Tok,hari ni birthday ijah"
"Hmm..selamat hari lahir yang ke-_,Semoga dimurahkan rezeki,panjang umoq,jadi anak yang baik kt umi abah,blajaq bagi habes..bla..bla..bla..."

tapi sekarang,suma tu dah tinggal kenangan.Tiada lagi ucapan selamat dari tok paling aku sayang.Tok,ijah 21 tahun dah tok.Ijah msih belum puas nk rasakan kasih sayang tok.Impian ijah nk tengok tok datang majlis konvokesyen ijah tk tercapai.Impian ijah nk bawak tok p Mekah tk tercapai.Impian Ijah nk bawak tok pegi jalan2 juga belum tercapai.Dan impian ijah nk tok ada masa perkahwinan ijah jugak tk tercapai.Terlalu cepat masa berlalu.Tok pergi tinggalkan kami semua.Ijah sayangkan tok sepenuh hati ijah.Tenanglah tok bersemadi.Kita jumpa lgi nanti.

Friday, 30 March 2012

29hb!pahit utk ditelan..ujian Allah yg sgt berat

Apabila pulangnya seorang anak Adam ke pangkuan Rabnya,
Dunia akan terus berputar tanpa henti,
Rutin harian seolah-olah tidak terganggu,
Namun pada yang kehilangan pasti amat terasa,
Kurangnya seorang, hanya yang mengalami akan memahami...

~Sebulan berlalu tanpamu disisi, dan tempoh ini akan terus bertambah dan bertambah~

Al-Fatihah.

Thursday, 15 March 2012

Jodoh Ketentuan Allah

Salam tengahhari Jumaat.Selamat menunaikan solat Jumaat untuk kaum Adam..Based on the photo above,it is obviously shows that i am going to talk about LOVE.
Tipulah kalau korang ckp yg korang tk pernah merasa perasaan ini.Yap!perasaan ini perlu ada pada setiap naluri insan bernama manusia.Cuma kita perlu membatasi perasaan ini sebaik mungkin mengikut syariat Islam.
Syukur alhamdulillah,ramai sudah kawan2 fizah yg telah dan bakal mendirikan rumahtangga pada usia yg muda.Beruntunglh mereka kerana dipilih oleh Allah untuk menyempurnakan separuh dari iman mereka.Ya,sesunguhnya fizah cemburu.Mungkin belum sampai jodoh atau lebih tepat diri ini masih belum 100% ready to carry the responsibilities as a wife,daughter in law and mother..
Impian fizah untuk menjadi anak yang baik dan mampu dibanggakan oleh umi abah,dan juga tidak terkecuali untuk menjadi seorang isteri yang mampu menjadi pendamping suami di dunia dan juga akhirt.Bukan senng nk mencari jodoh yang betul2 boleh menjadi imam kita.Membawa kita bersama2 ke syurga.
Terlalu ramai diluar sana mereka yang kaya raya,pandai,hensem,macho,tough,famous tapi MASA KINI berapa ramai je mereka di luar sana yg masih lagi utuh berpegang pada tali Allah??Sedikit saje bilangan mereka.Malah tk perlu dihairankan apabila fizah berani mengatakan sekarang ini ramai yg malu untuk membawa sunnah Rasulullah.tetapi berbangga plak melalukan maksiat,berseluar pendek n bla2...
Bila ada yang menegur dengan pantas drng menjawab;
"Alah,ko tu baik sgt ke?"
"Cakap je lebih,entah2 nanti dia pun buat"
Yeah,this is the fact.Betapa hitamnya hati org sbegini apabila ditegur ke arah kebaikkan tapi dibalas sebegitu.
Fizah bukannya muslimah yg baik atau sehebat wanita2 muslimah yg hampir dgn Allah.But im trying to be so.Di hati kecil mengharapkan jodoh yg mampu membimbing fizah.Mampu menjaga maruah fizah dan menghormati fizah sebagai seorang muslimah.Jauh sekali memperlakukan fizah sebagai sampah atau lebih tepat tidak menghargai fizah.
  1. Alangkah indahnya kiranya dikurniakan jodoh yang solatnya sentiasa dipelihara awal2 waktu secara berjemaah di masjid/surau.
  2. Alangkah indahnya kiranya dikurniakan jodoh yang tindakannya menggunakan akal tetapi bukan menggunakan nafsu dan amarah semata2.
  3. Alangkh bahagianya dikurniakan jodoh yg tiap2 malamnya mengejutkan fizah dari tidur untuk bertahajud bersama2.
  4. Alangkah bertuah mereka yg dikurniakan jodoh dengan mereka yg tidak malu untuk melaksanakan sunnah RASULULLAH
  5. Alangkah beruntungnya seorang muslimah apabila dikurniakan jodoh yg mampu mendidik kita menuju ke jalan Allah
  6. Alangkah bertuahnya mereka yg dikurniakan jodoh yg mempunyai rasa pedih akan keruntuhan ISLAM dan IMAN dalam hatinya.
Tidak perlu mencari jodoh yang hartanya setinggi gunung tapi imannya sebesar kuman cuma.Carilah pendamping yang mengamalkan ilmu agama yg diperolehnya kerana itu adalah kebahagiaan di dunia juga akhirat.INSYA-Allah


Sunday, 11 March 2012

kembalinya tok kesayanganku ke Rahmatullah

29/2/2012-Al-Fatihah

Hancur hati ni bila mendapat perkhabaran dari Kedah,tok dah tkde.Tok,ijah sampai seakrang masih tk percaya ijah dah kehilangan seorang insan yg sangat3 bermakna dalam hidup ijah.Tok ckp nti konvo ijah tok nk datang,tapi.................
Sakitnya menerima berita kehilangan tok tak dapat diungkapkan.Dunia rasa gelap ttibe.tk dpt dibayangkan hidup ijah tnpa tok ada dengan kami semua lgi.Tok terlalu baik,terlalu rapat dengan cucu2 tok.Ijah tk sangka temph 2 minggu ijah jaga tok tu merupakan kali terakhir ijah jaga tok.Sampai sekarang ijah sedikit pun tk lupa   pelukan tok,suara tok,masakan tok,marah tok,rajuk tok,sentuhan tok,pujukan tok.Segala2nya masih fresh dlm memori ni tok.
Tok,semoga tok tenang bersemadi di sana.Ijah dgn anak2 tok,cucu2 tok akan terus mendoakan tok dengan tokwan kt sna.Terima kasih atas didikan dan kasih sayang yg pernah tok curahkan kepada ijah selama ini.
ikhlas:cucumu yang terlalu menyayangi dan merinduimu....amanlah tok disana...


Monday, 23 January 2012

Tabligh

Assalamualaikum..
today im going to talk a little bit about tabligh.
Balik dri UKM hari tu,sampai je di Sungai Petani,my mom yg amek.On the way nak balik rumah tu my mom ckp,"Pukul 11 japgi jemaah 3 hari dari Penang nk dtg"...mula2 mengeluh sbb pkir penat2 sampai dah kena sambut ttamu ttpi its more to Alhamdulillah bcause seingat fizha dah terlalu lama fizha tk duduk dlm majlis2 ilmu,majlis2 yg mana para malaikat berebut2 utk turut hadir.Hamdalah Ya Allah kerana aku yg masih jahil msih diberi peluang oleh Allah utk duduk  dlm majlis2 sebegini.

Ya Allah,ampunkan dosa-dosa kami,
Tutupkanlah Kesalahan-kesalahan kami,
Tukarkanlah Keburukan-keburukan kami dengan kebaikan-kebaikan
Engkau kurniakanlah sifat iman dalam hati kami,Ya Allah

Well,i know that ramai kt luar sana ada yg tidak dapt menerima tabligh,tidak sehaluan dengan tabligh.tapi itulah,sunnah Rasulullah..mmg sukar utk umat akhir zaman terima.Rasulullah sndri pernah mengatakan bahawa


"Barangsiapa di akhir zaman dapat mengamalkan sunnahku,maka akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid".
Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah,mengapakah begitu mudah mereka memperolehi ganjaran 100 pahala mati syahid tersebut?Sedangkan kami perlu bermati-matian untuk mendapatkan ganjaran tersebut?"
Maka Rasulullah menjawab,"Pada akhir zaman kelak,nak menghidupkan satu sunnahku pun seumpama menggenggam bara api"


Lihatlah sahabat-sahabat sekalian betapa Rasulullah lebih dulu mengetahui betapa nipisnya iman kita di akhir zaman ini.Mungkin lebih nipis dari kulit bawang.Kita telah kembali ke zaman jahiliyah.Anak2 menderhaka kepada ibubapa,anak2 dibunuh,dibuang.Nauzubillah..Moga2 kita dalam perlindungan Allah.
Alhamdulillah,sepanjang 3 hari berada bersama para jemaah bnyk input rohani tlah aku peroleh.Terlalu banyak kisah2 para Nabi dan para sahabt yg diperdengarkan.Airmata terasa murah utk mengalir.Ya Allah,aku selama ini lalai dengan dunia yg hina ini Ya Allah sehingga aku lupa janji manis Mu di Syurga kelak.Ampunkan hambaMu yang jahil ini Ya Allah:'(

Fizah jugak kagum dengan cara2 org tabligh ni.Di muka mereka boleh terlihat Nur.Walaupun ada je yg berkulit gelap tpi skit pun tk nmpk kusam tpi Demi Allah mereka kelihatan sungguh berseri2.Sesungguhnya janji Allah itu pasti..aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yg mengamalkan tabligh.Sebb sedikit sebnyk aku dapt belajar cara menghidupkan amalan Rasulullah.Aku dapat melihat kerisauan mereka terhadap kemerosotan umat.Ya!mereka adalah penyambung kerja Rsulullah.Ya Rasulullah kiranya tuan masih ada pasti tuan dapat melihat betapa di akhir zaman ini masih ada mereka yg langsung tidak berasa malu jauh sekali berasa hina untuk terus menghidupkan sunnah mu Ya Rsulullah.
Para lelaki yg dalam golongan tabligh nih dlm pemerhatian fizah terlalu seronok menunaikan solat secara berjemaah di surau mahupun masjid.Macam ayah fizah dia akan berasa sgt terhina bila ketinggalan utk berda dalam jemaah menunaikan solat.Akan menangis2 ayah fizah mintak keampunan dari Allah.Dan fizah walaupun anak dia sndri pun kadang2 tidak faham mengapa abah terlalu sedih kalau tertinggl solat jemaah.Bagi abah,nikmat terlalu besar kalau dpt solat berjemaah.Sebb tu abah klau dia sakit2 pun akn bersusah payah jugak itu pergi berjemaah.Kadang2 time kitorang masak sama2 dengar je bunyi azan abah akan tinggl mcm tu je masakan dia pastu g berjemaah.Balik solat bru abah sambung balik.Itulah abah fizah.Abah pernah ckp menantu2 dia nanti dia nak yg jaga solat berjemaah.Cikgu fizah pun pernah ckp klau lelaki tu tak solat berjemaah jgn kahwini dia.Carilah lelaki yg bersolat berjemaah.Kerna cinta yg suci akan membawa ke Syurga,tetapi cinta yg dimurkai membawa ke Neraka.nauzubillah~
InsyaAllah,di akhir solat fizah tk pernah terlepas utk mendoakan dipertemukan jodoh dengan dia yg sntiasa menjaga solatnya pada awal2 waktu dan berjemaah.InsyaAllah;)

p/s:Moga hati dikurniakan petunjuk dan hidayah dari Allah.Semoga dimurahkn rezeki utk keluar 3 hari di jalan Allah

Saturday, 21 January 2012

lai~~lai~~RM50 4 keping nihhh...

Salam 1 Bioinfo..heee..(rindu kawan2 course)..tadi mse check2 purse ttibe ternmpak dlm tu 50 hengget 6 keping..kira2...haaaa...maknanya dlm tgn fizah ada 300hengget lah kan?kan?kan?hahaha..kayak gua beb!heeee...tkdelah,ekceli la kan..4 keping tu baucer 50 hengget yang sume student U yg aktif dpt..(aktif ke aku???bolehlah klau bab mengaktifkan dri dlm bilik je..hehe)..mekacih kpd thun 2012 sbb thun nih PRU,sng la fizah dpt lebeyh sket..oppss!huhu..alhamdulillah rezeki Allah bgi:)


comey kan baucer nih.klau tiap2 thun dpt nih mesti masyuk~!!
Diorang nih kan mcm tahu2 je klau drng kasi 200 hengget confirm 2 hari fizah bley syahidkan 200hengget tu..ye la,mse announced nk kasi 200 depan mata bundar fizah nih dh terbayang2 nk beli mcm2..(ala..korang pun same mcm fizah kan)..hehe..nk beli baju la,nk makan manyak2..nak subway!heeee..tpi lama2 bru tahu..ceh!baucer 200..tpi ok la kan..gune utk beli buku...lebih2 yg ciput2 tu bley beli alat tulis..ok la tu!

Hmm..pikir punye pkir..nk beli buku ape ek??novel??komik??majalah???buku motivasi???oh no!no!no!no!...(smbil geleng2 kepala..hui!)..nk beli buku2 yg berkaitan my course,Bioinformatik..nak beli buku2 yg berkaitan programming and Science..buku2 tu agak mahal,ada yg kene order dri luar negara..so its alternative la kan utk memudahkan fizah beli sume buku2 nih..hamdallah Ya Allah..

Korang yg dpat baucer 200 hengget tu nk bt pe??aip!!yg gegurl tu jgn sume korang balun beli novel2 je tau..tpi klau beli tu kasi2 lah fizah pinjam sme..heeee...yg boboy tu tokse dok kedarah dgn majalh2 or komik2 tk bermanfaat..huhu..InsyaAllah minggu depan nk g berjimba kat kedai2 buku yg terpilih...nk kena pjuk my sister la g teman..tk pun klau ade yg nk teman i on je u!hak3..ok then,c u all in my next entry...

with love,
mmuahh!

Friday, 13 January 2012

Happy Birthday


Dengan setiap doa yang dilafazkan
dengan setiap pengharapan
dengan setiap saat yang awak lalui
moga awak sentiasa dalam keberkatan Allah..
moga awak sentiasa memperoleh yang terbaik dalam hidup awak
moga dipemurahkan rezeki awak..
saya mungkin bukan yg sempurna utk awak
tapi cinta saya mmg sempurna untuk awak

p/s:hepi bday to captain of my soul...S.A.R.A~~~

Sunday, 8 January 2012

my wishlist

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Semalam msa nk melelapkan mata ttibe je rasa nk bt a wishlist..klau dipikirkan,mmg bnyk impian yg nak dikecapi,tpi BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA itu perlu..mustahillah sume kita boleh capai..

                          *tpi kalau boleh nk sume tercapai*

tpi tk salahkan klau nk berimpian sorang2..for me nothing is impossible..klau impossible tkdenye Dr Sheikh nk sampai ke ISS nu..
                      *Kalau bermimpi biar sampai ke bintang*
~wuaahhh!!!not bad fizah!haha
by the way,im going to list all the things..plis,pehlis,pehlisshhhh lah jgn gelak2..bgi semgat la brader..
ok!here we go...


nk cepat2 bgelar graduan Bioinformatik
                                       

nak rumah besar,cantik!
                                                           

nak bawak umi abah ke sini!
                                                       
menjadi a successful bioinformatician (doakan ye!)
                                     
nak ada bisnes sndri dgn family
                                                           

nak kawen cepat2 dgn my Mr.A..*wink3:)



                                             
nak honeymoon kt sini boleh?!

                                                       
nak kumpul bnyk2 gadget..nti bley waris kt anak2 lak!hehe

ouuhhh~!!!indahnya dunia klau dpt yg nih sebijik


ada research lab sndri..(teringin)
ada software sendiri
                                     

yg nih perlu letak tk dlm wishlist?hoho!
                                           

  • and insyaAllah,kalau ada rezeki nak smbung belajar

p/s:The most important thing is
apabila berkahwinnya seorang anak Adam, sempurnalah separuh 
daripada agamanya. Maka sempurnakanlah yang separuh lagi dengan 
Taqwa..

2 je lah..esok exam Web programming lah!hampeh!!sama2 kita mendoakan yg terbaik ok?!

with love,ok bye!

deep from my heart

***exam***

Salam..aiyak!final exam for my sem 1 in my second year at UKM.seriuslah..mmg minggu peperiksaan yg sgt menensionkan bila perlu hidup dlm ukm nih tnpa air selama seminggu.berserabut abeh!ada je yg snggup g exam tk mandi 2 hari..ehem!aku mandi ok!!tpi kena pakai extra minyk wangi manyak3...adoi!tk pernah rasa sedarurat mcm nih hidup tnpa air..seksa!
Apa2 pun semangat exam perlu terus ada..because i wanna be a good Bioinformatician,insyaAllah ...:)
dan nk tgok kesan exam????heheh..layannnzzzz~!!!


semak tk meja den?semak an?an?nk cri nota jenuh nk mengangkut satu2 paper...huii!
tk cukup meja,katil pun semak gak!erk!aku ada 2 laptop ke?tdi kt meja,ni kt katil plak!confirm aku de 2 laptop!hoho

to my parents;mom dad!ill do my best..please doa2 ok!
p/s:17 januari abeh exam..tk sabr nk mengenjoy.ok bye!